Shazani Says...

Shazani Says To All Bloggers...

Sunday, August 31, 2014

Melaka Mendapat Nama

Assalamualaikum.Hari ini kita hendak tahu bagaimana Melaka mendapat nama.

Pada suatu hari, Parameswara telah sampai di sebuah perkampungan nelayan.Dia berasa penat setelah melarikan diri daripada kerajaan Siam kerana telah membunuh Temagi di Temasik.Lalu, dia berehat di sebatang pokok. Tiba-tiba,muncul seekor pelanduk putih.Seekor anjing buruan menyerang pelanduk putih itu. Malang sekali, anjing buruan itu telah ditendang oleh pelanduk putih itu.Parameswara telah melihat kejadian ini dan ianya telah menarik perhatian baginda lalu membuat keputusan untuk membina sebuah negeri di tempat tersebut.

Parameswara telah bertanya kepada bendahara baginda apakah nama pokok tempat baginda berehat.Bendahara menyatakan bahawa pokok itu namanya ialah MELAKA.

Friday, August 29, 2014

Pengasasan Melaka

Hari ini kita akan bercerita tentang sejarah Melaka.Saya akan ringkaskan supaya anda faham.

A.Pengasasan Melaka

Diasaskan oleh Parameswara pada sekitar tahun 1400.

Parameswara ialah putera raja yang berasal dari Palembang,Sumatera.Beliau berusaha untuk membebaskan Palembang daripada naungan kerajaan Majapahit.Apabila gagal,Parameswara melarikan diri ke Temasik.

Temasik merupakan negeri di bawah naungan kerajaaan Siam.Parameswara telah menguasai Temasik.Tindakan Parameswara telah menyebabkan Siam menjadi marah.Siam telah mengatur rancangan untuk menyerang Temasik.Tetapi,Parameswara bertindak melarikan diri ke Muar sebelum sempat Siam menyerang.

Di Muar, Parameswara masih berasa dirinya tidak selamat.Parameswara meneruskan perjalanannya ke utara melalui Sening Ujung dan Bertam.Akhirnya, Parameswara tiba di sebuah perkampungan nelayan.


Tuesday, August 26, 2014

Lagu Warisan

WARISAN

Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

(korus)
Andai
 Ku terbuang tak diterima
Andai
 Aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan 
Kemana harusku semaikan 
Cinta ini

Betapa
Di bumi ini ku melangkah 
Ke utara, selatan, timur dan barat
Ku jejaki

Aku
Bukanlah seorang perwira 
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

(ulang korus)

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan



Daripada Dato' Sudirman  

Sunday, August 24, 2014

Negeri-negeri di Malaysia

Assalamualaikum. Hari ini kita akan mengetahui negeri-negeri di Malaysia.Di Malaysia,terdapat 14 buah negeri. Banyak juga ya...

Disini menunjukkan gambar peta Malaysia.


Minta maaf.. Mungkin gambar  ini kabur sedikit.Tapi, saya akan taip negeri-negeri tersebut.

Ianya: Perlis,Kedah,Johor,Melaka,Perak,Pulau Pinang,Seangor,Kelantan,Sarawak,Sabah,Negeri Sembilan,Pahang,Kuala Lumpur dan Labuan.Setiap negeri ada sejarahnya.Nantikan pada post yang lain pula,ya.

Hari kemerdekaan

Assalamualaikum. Seperti yang kita tahu, pada 31 ogos ini kita akan bercuti.Mengapa kita akan bercuti? tik...tok...tik...tok... Tet!! Masa dah habis.Jawapan dia ialah kita akan menyambut Hari Kemerdekaan.Apa tajuk kita pada tahun ini? Ya... Jawapannya ialah "Disini  lahirnya sebuah cinta" Kita telah merdeka selama 57 tahun. Bermakna, kita merdeka pada 31 Ogos 1957.

Selalunya, pada hari Kemerdekaan, kita akan mengibarkan bendera Malaysia yang bernama Jalur Gemilang.Jadi, kita akan belajar tentang maksud warna-warna dan lambang  pada Jalur Gemilang.


Seperti yang kita tahu, Jalur Gemilang ada empat warna iaitu biru,kuning,merah dan putih.Setiap lambang dan warna yang terdapat pada bendera Malaysia mewakili
maksud-maksud tertentu. Bahagian yang berwarna biru tua di sebelah kiri
melambangkan perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, bersatu padu serta
berusaha dalam memajukan pembangunan ekonomi berasaskan sains dan
teknologi canggih. Warna kuning pada lambang anak bulan dan bintang pecah 14
bermaksud kedaulatan Raja Berperlembagaan serta mendokong dan menghormati
lunas-lunas perlembagaan dan falsafah Rukun Negara. Lambang anak bulan
membawa maksud Islam sebagai agama rasmi negara sementara bintang pecah 14
menunjukkan perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Merah
melambangkan keberanian dan bersedia dalam menghadapi segala rintangan dan
cabaran dalam usaha meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara maju. Manakala
putih melambangkan kesucian, ikhlasan dan kesungguhan bagi mempertingkatkan
ketahanan rakyat yang beradab, berkebudayaan dan berkeperibadian Malaysia.

Ukuran bendera masih dikekalkan iaitu 6 kaki lebar dan 3 kaki panjang,
mempunyai 14 jalur bagi melambangkan perpaduan 13 buah negeri dan 1
Persekutuan iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang,
Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, .Terengganu, dan Wilayah
Persekutuan (Kuala Lumpur dan Labuan).
Lambang Jalur pada bendera menggambarkan satu laluan yang lurus, hala tuju
yang sama dan arah yang sama yang dianuti oleh rakyat negara ini.

Gemilang bermaksud bercahaya, terang benderang dan cemerlang. Oleh itu Jalur
Gemilang melambangkan kecemerlangan negara dan rakyat Malaysia dalam
mengharungi suasana kehidupan dengan penuh gigih, taat dan bersatu padu bagi
menjaga nama dan menaikkan imej negara.

Warna Merah pada jalur melambangkan kesanggupan, keberanian, kegagahan dan kegigihan rakyat menghadapi segala cabaran.

Warna Putih melambangkan keluhuran dan keikhlasan,

Warna Biru melambangkan perpaduan hidup yang rukun dan damai manakala

Warna Kuning melambangkan kesetiaan rakyat kepada Raja dan Negara

Petikan dipetik daripada blog redzuan-tumin@blogspot.com.my

Saturday, August 23, 2014

Berbilang bangsa

Assalamualaikum.Kepada pembaca bloggers yang meminati kisah-kisah tentang Malaysia, selalulah baca perkara-perkara yang saya akan post nanti.

Seperti yang kita tahu, di Malaysia terdapat berbilang bangsa dan agama.Sebilangan besar di Malaysia ialah bangsa Melayu, Cina dan India.Terdapat juga beberapa bangsa lain di Sabah dan Sarawak seperti Iban, Kadazandusun dan lain-lain.

Kaum Melayu:


Kaum India:


Kaum Cina: