Shazani Says...

Shazani Says To All Bloggers...

Sunday, August 24, 2014

Hari kemerdekaan

Assalamualaikum. Seperti yang kita tahu, pada 31 ogos ini kita akan bercuti.Mengapa kita akan bercuti? tik...tok...tik...tok... Tet!! Masa dah habis.Jawapan dia ialah kita akan menyambut Hari Kemerdekaan.Apa tajuk kita pada tahun ini? Ya... Jawapannya ialah "Disini  lahirnya sebuah cinta" Kita telah merdeka selama 57 tahun. Bermakna, kita merdeka pada 31 Ogos 1957.

Selalunya, pada hari Kemerdekaan, kita akan mengibarkan bendera Malaysia yang bernama Jalur Gemilang.Jadi, kita akan belajar tentang maksud warna-warna dan lambang  pada Jalur Gemilang.


Seperti yang kita tahu, Jalur Gemilang ada empat warna iaitu biru,kuning,merah dan putih.Setiap lambang dan warna yang terdapat pada bendera Malaysia mewakili
maksud-maksud tertentu. Bahagian yang berwarna biru tua di sebelah kiri
melambangkan perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, bersatu padu serta
berusaha dalam memajukan pembangunan ekonomi berasaskan sains dan
teknologi canggih. Warna kuning pada lambang anak bulan dan bintang pecah 14
bermaksud kedaulatan Raja Berperlembagaan serta mendokong dan menghormati
lunas-lunas perlembagaan dan falsafah Rukun Negara. Lambang anak bulan
membawa maksud Islam sebagai agama rasmi negara sementara bintang pecah 14
menunjukkan perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Merah
melambangkan keberanian dan bersedia dalam menghadapi segala rintangan dan
cabaran dalam usaha meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara maju. Manakala
putih melambangkan kesucian, ikhlasan dan kesungguhan bagi mempertingkatkan
ketahanan rakyat yang beradab, berkebudayaan dan berkeperibadian Malaysia.

Ukuran bendera masih dikekalkan iaitu 6 kaki lebar dan 3 kaki panjang,
mempunyai 14 jalur bagi melambangkan perpaduan 13 buah negeri dan 1
Persekutuan iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang,
Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, .Terengganu, dan Wilayah
Persekutuan (Kuala Lumpur dan Labuan).
Lambang Jalur pada bendera menggambarkan satu laluan yang lurus, hala tuju
yang sama dan arah yang sama yang dianuti oleh rakyat negara ini.

Gemilang bermaksud bercahaya, terang benderang dan cemerlang. Oleh itu Jalur
Gemilang melambangkan kecemerlangan negara dan rakyat Malaysia dalam
mengharungi suasana kehidupan dengan penuh gigih, taat dan bersatu padu bagi
menjaga nama dan menaikkan imej negara.

Warna Merah pada jalur melambangkan kesanggupan, keberanian, kegagahan dan kegigihan rakyat menghadapi segala cabaran.

Warna Putih melambangkan keluhuran dan keikhlasan,

Warna Biru melambangkan perpaduan hidup yang rukun dan damai manakala

Warna Kuning melambangkan kesetiaan rakyat kepada Raja dan Negara

Petikan dipetik daripada blog redzuan-tumin@blogspot.com.my

No comments:

Post a Comment