KEGEMILANGAN MELAKA SEBAGAI PUSAT PERDAGANGAN ANTARABANGSA
5.2 PUSAT PERDAGANGAN
- Pada pertengahan abad ke-15, Melaka muncul sebagai pusat perdagangan antarabangsa.
- Kegemilangan Melaka dalam bidang perdagangan telah dinyatakan dalam buku Sejarah Melayu iaitu :" Maka segala dagang atas angin dan bawah angin sekaliannya datang ke Melaka; terlalu ramai Bandar Melaka pada zaman itu." (Sumber : W.G Shallebear,1612,Sejarah Melayu, edisi1961.hlm 82)
- Pedagang atas angin bermaksud pedagang yang datang dari negara di sebelah Barat.
- Pedagang bawah angin ialah pedagang yang datang dari Timur.
- Kedudukan geografi
- Melaka terletak di pertengahan laluan perdagangan antara Timur dan Barat. Ini membolehkan Melaka mengawal selat Melaka yang menjadi laluan kapal dagang
- Muara Sungai Melaka yang dalam membolehkan kapal berlabuh dengan mudah, menurunkan barang dagangan dan mendapatkan barang keperluan.
- Terlindung daripada tiupan angin monsun :
- Barat Daya dilindungi oleh Pulau Sumatera
- Timur Laut dilindungi oleh Banjaran Titiwangsa
- Bentuk muka bumi yang berbukit-bukau menjadi pedoman kepada pedagang untuk belayar menuju ke Melaka serta tempat yang strategik mengawasi Selat Melaka.
- Selain faktor geografi, kemajuan perdagangan di Melaka juga dikaitkan dengan beberapa faktor lain.
- Peranan syahbandar
- Jawatan syahbandar diwujudkan bagi memastikan kegiatan perdagangan berjalan lancar.
- Antara peranan Syahbandar ialah
- Menguruskan pasar dan gudang, memeriksa alat timbang dan mata wang, menjadi hakim di pelabuhan, menguatkuasakan peraturan keluar masuk kapal, menguruskan cukai, menjaga kebajikan dan keselamatan pedagang.
- Setiap Syahbandar ditugaskan menjaga kumpulan pedagang yang ditetapkan.
- Syahbandar I – mengurus pedagang dari Gujerat
- Syahbandar II – menguruskan pedagang dari China, Champa dan Ryukyu
- Syahbandar III – mengurus pedagang dari Kalingga, Pegu, Benggala dan Parsi
- Syahbandar IV – menguruskan pedagang dari Pulau Jawa, Maluku, Banda, Kalimantan, Borneo, Pasai dan Filipina
-
- Lsksamana ialah pembesar yang bertanggungjawab menjaga keselamatan perairan Selat Melaka
- Tugas-tugas mengawal dilaksanakan oleh Orang Laut.
- Hal ini adalah untuk menjamin keselamatan pedagang dan keamanan perairan Melaka.
- Keberkesanan Undang-undang Laut Melaka
- Undang-undang Laut Melaka digubal bagi memastikan aktiviti perdagangan berjalan lancar.
- Terdiri daripada 24 fasal yang mengandungi peraturan dan tata tertib berniaga, hukum jenayah di kapal, cara berjual-beli, larangan dan tanggungjawab anak kapal, kiwi dan nakhoda.
- Kiwi merupakan penyewa ruangan perahu dan penumpang yang membawa barang untuk diperdagangkan.
- Mulkiwi adalah ketua segala kiwi
- Kemudahan di pelabuhan
- Pelbagai kemudahan seperti
- gudang untuk menyimpan barang, tempat tinggal untuk pedagang semasa menunggu pertukaran angin monsun
- kapal, perahu, jong, lancar, gajah dan pekerja disediakan oleh Syahbandar untuk mengangkut barang ke gudang
- kapal-kapal yang rosak boleh dibaiki dipelabuhan
- bekalan makanan dan minuman
- kemudahan prasarana
- Semua ini penting untuk kemudahan pedagang yang berdagang di Melaka.
- Bahasa Melayu sebagai lingua franca
- Bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan antara pedagang dengan pembesar dan pedagang lain
- Sistem cukai dan surat kebenaran berniaga
- Sistem cukai yang berpatutan :
- Pedagang dari Barat dikenakan 6%
- Pedagang yang tinggal tetap di Melaka 3%
- Pedagang dari China dan Jepun hanya perlu memberi hadiah
- Pedagang perlu membayar "panduan" iaitu cukai rasmi sebelum berjual-beli
-
- Menggunakan mata wang logam yang diperbuat daripada timah dipanggil calains dan wang emas, wang perak, dan wang timah dari Pedir, Pasai Kembayat dan Gujerat.
- Pelabuhan entrepot
- Pelabuhan Melaka merupakan pusat pengumpulan barang dari Kepulauan Melayu dan pusat mengedar barang dari Timur dan Barat ke Kepulauan Melayu.
dipetik daripada blog cgrohaida.blogspot.com
No comments:
Post a Comment