Shazani Says...

Shazani Says To All Bloggers...

Saturday, September 13, 2014

Al Maunah

Al-Ma'unah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Al-Ma'unah adalah sebuah organisasi pengganas militan di Malaysia yang terkenal dengan keberaniannya melakukan pencerobohan nekad ke atas sebuah kem Rejimen Askar Wataniah pada subuh 2 Julai 2000 dan melarikan sejumlah besar senjata api daripada stor persenjataan. Kumpulan tersebut kemudiannya mendirikan pangkalan rahsianya di kawasan hutan berhampiran perkampungan di Sauknegeri Perak dan terlibat dalam pertempuran di antara Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia.

Organisasi[sunting | sunting sumber]

Nama penuh organisasi tersebut dikenali sebagai Persaudaraan Ilmu Dalam Al-Ma’unah. Laman web organisasi tersebut [1] dikenali sebagai Al-Ma’unah dalam singkatan, sebuah pertubuhan yang terlibat dalam ilmu persilatan yang turut menggunakan tenaga dalaman dan mempelajari ilmu perubatan tradisional Islam. Menurut jangka waktu kononnya "Ma’unah" bermaksud sesuatu yang amat luarbiasa akan berlaku pada golongan sederhana orang Islam (paranormal). Pertubuhan ini dikatakan mempunyai keahlian seramai 1000ikhwan yang berpusat di Malaysia, BruneiSingapuraMesir dan Arab Saudi.

Pengepungan tentera di Sauk[sunting | sunting sumber]

Pengepungan Tentera Di Sauk
Sebahagian daripada Ops Subuh
Tarikh5 Julai2000
LokasiBukit Jenalik, Sauk, Perak
HasilAl Ma'unah tumbang
Pihak yang berperang
Pengganas Al Ma'unahPolis Diraja Malaysia,Angkatan Tentera Malaysia
Komander dan pemimpin
Muhammad Amin Mohamed RazaliLt. Jeneral Zaini bin Mohamad Said (Ketua pasukan ATM),
ASP Abd Razak bin Mohd Yusoff (Ketua unit anti-pengganas 69 Komando PGK
Kekuatan
32 orang59 anggota tentera dan polis meliputi 43 anggota komando Grup Gerak Khas ATM dan 20 anggota pasukan polis anti-pengganas 69 Komando PGK PDRM, 4 kenderaan perisai ATM
Kerugian dan kehilangan
seorang pengganas terbunuh2 tebusan mati, terdiri daripada seorang komando ATM dan seorang anggota Cawangan Khas PDRM, 2 lagi tebusan iaitu seorang anggota polis dan seorang penduduk kampong diselamatkan.
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Mohamed Amin bin Mohamed Razali yang merupakan pemimpin kepada 29 ahli kumpulan Al-Ma'unah mengetuai misinya untuk menggulingkan kerajaan Malaysia. Kumpulan ini, termasuk seorang Mejar daripada Tentera Darat Malaysia. Mereka berpakaian pegawai kanan tentera dan berlagak melakukan pemeriksaan mengejut ke atas Kem Batalion 304 Rejimen Askar Wataniah diEmpangan TemenggorGeriknegeri Perak. Mereka berjaya memperdayakan anggota tentera di situ dan melarikan senjata-senjata di kem tersebut.[2]
Mereka sebelum ini memperolehi maklumat kelemahan sistem keselamatan kem tentera melalui pelbagai jalan keluar dan melindungi tiga unit kenderaan pacuan empat roda Pajero. Kenderaan Pajero yang dikatakan sama digunakan oleh tentera diwarnakan dengan warna hijau dan menggunakan nombor pendaftaran palsu di sebuah garaj rumah di Kati, untuk digunakan khas sebagai kenderaan masuk kumpulan tersebut.
Pada awal pagi 2 Julai 2000, 20 ahli kumpulan Al-Maunah menaiki tiga kenderaan Pajero dan bergerak ke Pos 2 Kem Kuala Rhui pada jam 2.50 pagi dan kemudian ke Kem Bn 304 Rejimen Askar Wataniah pada jam 4.15 pagi.
Mereka berkata kepada pegawai kem tersebut dengan alasan ingin mengadakan pemeriksaan mengejut, dengan memberitahu ingin membuat pemeriksaan kecemasan ke atas jumlah semua peluru yang disimpan di dalam kem tersebut. Atas pelbagai tekanan yang diberi oleh Amin dan orang-orangnya dan diyakinkan oleh kehadiran tiga kenderaan Pajero yang menggunakan nombor pendaftaran tentera yang bermula dengan huruf 'Z', anggota tentera di dua kem tersebut berjaya diperdayakan dengan membawa mereka masuk ke dalam kem tetapi salah satu daripada pelbagai jenis senjata, peluru dan kelengkapan ketenteraan termasuk peralatan komunikasi dan lain-lain setelah membantu kumpulan itu membawa senjata-senjata itu ke dalam tiga unit kenderaan Pajero. Mereka berjaya melarikan sejumlah besar senjata api dan imunisasi, iaitu 97 laras raifal M16, dua laras raifal Steyr AUG, empat senjata Mesingan Kegunaan Am (GPMG), enam laras mesingan ringan, lima pelancar bom tangan M203, 182 kelopak M16, lapan laras tambahan mesingan kegunaan am, tiga laras tambahan mesingan ringan, 26 bilah pisau benet, 9,095 butir peluru berkaliber 5.56mm dan 60 butir kartus peluru bom tangan berkaliber 40mm.
27 orang ahli tersebut kemudiannya menyembunyikan diri di dalam hutan Bukit JenalikSauknegeri Perak. Amin mengagih-agihkan semua senjata-senjata yang dilarikan tersebut kepada orang-orangnya untuk dilatih. Bunyi tembakan yang jarang di dengar oleh penduduk kampong hasil daripada tembakan senjataapi tersebut telah menarik perhatian polis. Kumpulan tersebut membuat persediaan untuk menjayakan rancangan mereka, termasuk mengumpul bekalan makanan dan membawanya ke dalam pengkalan mereka di Bukit Jenalik. Bekalan makanan yang diperolehi itu hanya cukup untuk tiga bulan sahaja. Mereka juga turut memperolehi senjata lain seperti parang dan senjata senapang panah untuk menjayakan misi mereka.
Sepasukan polis dihantar mengepung Bukit Jenalik untuk menyekat pergerakan mereka. Sejumlah anggota pasukan keselamatan dihantar untuk menyusup masuk ke dalam perkhemahan Al-Ma'unah. Walaubagaimanapun, dua anggota polis iaitu Sarjan Mohd Shah bin Ahmad dan Koperal Detektif Sanghadevan, serta penduduk kampung Jaafar bin Puteh dan seorang anggota komando ATM, Truper Matthews anak Medan, telah dijadikan tebusan oleh Al-Ma'unah. Dalam radio komunikasi yang digunakan oleh kumpulan itu, mereka memaklumkan bahawa mereka akan menyerang Kuala Lumpur sekiranya tuntutan ke atas Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad untuk meletakkan jawatan dalam masa 24 jam tidak dipenuhi. Jaafar ditangkap ketika beliau sedang meneliti dusun duriannya.
Mohd Shah bin Ahmad menceritakan semasa percubaan selama lebih 4 hari, anggota pasukan keselamatan tersebut telah diseksa dan dianiaya. Mereka dipaksa menggali parit di kawasan Bukit Jenalik untuk dijadikan sebagai kubu pertahanan sekiranya pangkalan mereka diserang. Pada sebelah malam, mereka telah diikat pada pohon durian. Pada masa itu, Mohd Shah dan Sanghadevan mengkebumikan Truper Matthews didalam salah satu parit kubu tersebut. Truper Matthews ditangkap oleh Jemari bin Jusoh dan apabila Amin mengetahui identiti Truper Matthews, Amin menyeksa Matthews dengan menembak kakinya. Amin kemudiannya menyuruh Jemari menembak Truper Matthews.
Pada pagi 5 Julai 2000, seorang anggota Al Ma'unah, Abu Bakar bin Ismail telah ditembak oleh pasukan keselamatan. Sebagai tindak balas, Amin dan rakan-rakannya bertindak membalas tembakan. Semasa tembak-menembak tersebut, Sanghadevan telah ditembak mati. Mayat Sanghadevan kemudiannya dikebumikan bersebelahan Truper Matthews oleh Mohd Shah dan Jaafar.

Serah diri[sunting | sunting sumber]

Kumpulan Al-Ma'unah kemudiannya menyerah diri, dan pemimpin yang dikatakan orang yang mendalangi percubaan untuk "melancarkan pemberontakan menggulingkan Raja". Kerajaan Malaysia bertindak memerangi ahli kumpulan Al-Ma'unah selepas memberi peluang untuk kumpulan tersebut menyerah diri dan menghentikan sebarang percubaan untuk mendapatkan sokongan awam kepada ahli kumpulan Al-Ma'unah dan menyatupadukan mereka kembali kepada masyarakat.
Mohamed Amin kemudiannya menyerah diri. Sebelum itu, beliau yang bersenjatakan raifal M16/M203 telah menarik kolar pakaian Leftenan Jeneral Zaini Mohd Said, komander Tentera Darat Malaysia dan cuba untuk menembaknya dari jarak dekat. Tetapi Zaini bertindak menepis laras senjata Amin dan telah tertembak salah seorang anggota militan. Zaini kemudiannya dianugerahkan pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (S.P.) atas keberaniannya dan sumbangannya menamatkan keganasan tersebut tanpa mempedulikan nyawa beliau.
Sebenarnya, dua jam sebelum insiden tersebut, ASP Abd Razak bin Mohd Yusoff terlebih dahulu bergerak ke markas tersebut bersama dengan 20 orang anggota pasukan elitnya 69 Komando PGK PDRM menaiki bukit ke arah di Kumpulan Al-Ma'unah berkhemah. Setelah mendapat perlindungan yang sesuai untuk ahli kumpulannya, Abdul Razak bergerak bersendirian menyelinap masuk ke kubu. Dengan sikap berani dan tawakkal, beliau menemui sendiri Ketua Kumpulan Al-Ma'unah iaitu Amin. Maka, berlakulah perbincangan dan perdebatan secara 'ilmiah' antara Abdul Razak dan Amin (perdebatan ini telah dibukukan oleh Abdul Razak) yang mengambil masa selama 2 jam dan akhirnya, ketua kemupulan Al-Ma'unah tersebut bersetuju untuk menyerah diri. Maka, setelah Amin setuju untuk menyerah diri barulah ASP Abdul Razak memanggil Pasukan Leftenan Jeneral Zaini untuk proses perletakkan senjata. Di atas keberanian dan kebijaksanaan berbincang (excellent negotiation skill) Abdul Razak, beliau telah dianugerahi pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (S.P) atas jasanya. Pada masa itu, Abdul Razak adalah pegawai yang mengetuai pasukan payung terjun polis anti-pengganas 69 Komando PGK Polis Diraja Malaysia.

Kematian[sunting | sunting sumber]

Dianggarkan tiga orang telah terkorban sebelum kumpulan tersebut menyerah diri. Detektif Koperal R. Sanghadevan daripada Cawangan Khas PDRM dibunuh, sebahagiannya mendakwa beliau terbunuh, semasa pengepungan oleh 59 anggota polis dan tentera. Pengganas militan tersebut turut membunuh seorang anggota komando, Truper Mathew anak Medan dari Grup Gerak Khas ATM, yang mana beliau ditembak mati oleh Jemari Jusoh. Kesemuanya diseksa sebelum dibunuh. Orang ketiga yang terbunuh adalah seorang daripada ahli kumpulan tersebut dimana beliau ditembak mati apabila beliau enggan menyerah diri.

Serangan lain[sunting | sunting sumber]

Mohamed Amin turut menghantar rakannya untuk meletupkan kilang minuman keras Anchor dan Carlsberg di Petaling Jaya berhampiran Kuala Lumpur dan kuil Hindu di Batu Caves. Serangan itu menyebabkan hanya kerosakan kecil sahaja. Ahli kumpulan tersebut, Shahidi dan Khairul Anuar, kemudiannya diarahkan untuk meletupkan kilang Carlsberg di pinggir kota Kuala Lumpur dengan senjata pelancar bom tangan yang dirampas daripada kem tentera.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Tuesday, September 9, 2014

Leftenan Adnan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Adnan bin Saidi
Lt Adnan Saidi.jpg
KesetiaanRegimen Melayu DiRaja
Jumlah tahun berkhidmat1933 - 1942
Pangkatleftenan Ke-2
Unit7th Platoon, C Company, Brigade 1 Malaya
PertempuranBattle of Pasir Panjang
AnugerahBest recruit in the Malay Regiment
(3 British medals)
Adnan bin Saidi atau lebih dikenali sebagai Lt. Adnan Saidi dilahirkan diKampung Sungei RamalKajangSelangor pada tahun 1915. Adnan Saidi merupakan anak sulung dalam keluarganya. Adik-adiknya, Ahmad bin Saidi dan Amarullah bin Saidi juga merupakan anggota tentera. Ahmad Saidi terbunuh dalam pertempuran selepas dia memasukiangkatan laut pada tahun 1939. Kapalnya, HMS Pelanduk, ditenggelamkan oleh Jepun dalam pelayaran ke Australia. Adiknya yang termuda Amarullah Saidi terselamat dari peperangan dan sekarang bersara dan menetap di KajangSelangor.
Adnan Saidi menerima pendidikan di Pekan Sungei Ramal dalam aliran Inggeris. Dia merupakan pelajar yang rajin dan berjaya dalam pengajiannya. Selepas menamatkan pengajiannya, Adnan terpilih sebagai guru pelatih dan mengajar (alma mater) selama lebih satu tahun. Adnan Saidi kemudiannya mengambil keputusan untuk memasukitentera.
Pada tahun 1933, ketika berusia 18 tahun, Adnan Saidi memasukiRejimen Askar Melayu (Malay Regiment). Setahun kemudian, dia terpilih sebagai rekrut terbaik. Pada tahun 1936, Adnan dilantik ke pangkatSarjan – kenaikan pangkat yang pantas bagi seorang tentera muda. Pada tahun 1937, Adnan Saidi terpilih untuk mewakili platunnya dalam perbarisan memberi hormat di London bagi menyambut pertabalan RajaGeorge VI. Tidak lama selepas itu, Adnan Saidi sekali lagi dinaikkan pangkat kepada Kompeni-Sarjan-Major dan dihantar ke Singapura untuk kursus latihan pegawai. Setelah menamatkan kursus sebagai Leftenan Muda, Adnan Saidi dilantik sebagai ketua Platun ke-7,Kompeni 'C' .

Sebagai ketua keluarga[sunting | sunting sumber]

Sekembalinya Lt. Adnan Saidi daripada London, dia berkahwin dengan seorang guru dikampungnya, Puan Sophia Pakih Muda dan mendapat tiga orang anak: dua lelaki, Mokhtar dan Zainudin (yang tinggal di Seremban dan Johor), dan seorang anak perempuan. Termuda di antara tiga beradik, bayi perempuannya meninggal sejurus selepas kejatuhan Singapura.
Pada akhir 1941, Lt. Adnan Saidi ditempatkan di Singapura dan membawa keluarganya bersama-sama. Mereka tinggal di rumah besar di Pasir Panjang, dalam kawasan yang dikhaskan untuk keluarga Rejimen Askar Melayu.
Apabila berita peperangan Perang Dunia II semakin hampir, dan pihak Jepun bersedia untuk menjajah Singapura, Lt. Adnan menghantar keluarganya kembali ke kampung mereka di Kajang Ini merupakan masa yang getir bagi Lt. Adnan kerana isterinya, Sophia, sedang mengandungkan anak mereka yang ketiga. Ini merupakan kali terakhir mereka bersama.

Pertempuran di Bukit Candu[sunting | sunting sumber]

Sejarah pendaratan Jepun di Tanah Melayu dan tindakan pantas tentera Jepun memaksa Tentera British berundur ke Singapura. Pertempuran-pertempuran akhir mempertahankan Singapura termasuk pertempuran di Pasir Panjang yang lebih dikenali sebagai Pertempuran Bukit CanduBukit Candu dinamakan sempena kilang memproses candu yang dahulunya terletak di kaki bukit tersebut.
Pertempuran sengit telah berlarutan beberapa hari sebelumnya. Tentera Jepun yang biasa bertempur dari ketumbukan Tentera ke 25 yang terkenal berjaya mengatasi kedudukan pertahanan strategik di SingapuraBukit Candu menandakan sempadan pertahanan terakhir. Ia merupakan kedudukan pertahanan penting di Singapura berasaskan dua alasan strategik; ia boleh melihat bahagian utara Singapura dan selain itu, sekiranya pihak Jepun mengawal permatang, ia memberikan mereka laluan langsung ke kawasan Alexandra. Kawasan Alexandra merupakan tapak depoh bekalan peluru dan bekalan utama, hospital tentera dan kemudahan utama Tentera British. Dengan itu, permatang tersebut perlu dipertahankan bersungguh-sungguh.
Pertahanan permatang itu telah ditugaskan kepada Kompeni 'C' . Kompeni 'C' merupakan sebahagian satu pasukan kecil Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu (1 Melayu). Batalion 1 Melayu dan Batalion 2 Melayu,[1] bersama-sama dengan batalion ke-2 "Loyal Regiment" Tentera British dipusatkan menjadi Briged Infantri Pertama Malaya (1st Malaya Brigade)
Pada 13 Februari 1942, Division Chrysanthemum Tentera Imperial Jepun yang handal di bawah pemerintahan Lt. Gen.Renya Mutaguchi menumpukan perhatian mereka kepada persisiran selatan Singapura - Permatang Pasir Panjang. Pada pagi tersebut, permatang tersebut dibedil bertalu-talu dengan sokongan udara, mortar berat dan bedilan meriam. Kompeni 'C' dan Lt. Adnan Saidi ketika itu[2] telah ditempatkan di Perkampungan Pasir Panjang telah memberikan tentangan hebat. Akhirnya tentera Jepun terpaksa berundur disebabkan tentangan sengit daripada Kompeni 'C'. Adnan dan orang-orangnya telah membina benteng pertahanan Rejimen di kawasan tanah tinggi, yang dikenali sebagai Celah (Gap). Walaupun mempunyai bilangan anggota yang lebih ramai, pasukan Jepun di bawah Major Kimura gagal menembusi barisan pertahanan di Celah (Gap).
Pada tengah malam 14 Februari 1942, Kompeni 'C' menerima perintah untuk bergerak ke tapak pertahanan baru - Pt. 226, Bukit Candu. Lebih ramai askar tambahan ditempatkan ke pasukan di bawah pimpinan Adnan – menjadikan jumlah keseluruhannya 42 kesemuanya. Selepas meninjau persekitaran dengan cermat, Lt. Adnan Saidi memerintah orang-orangnya untuk memperkukuhkan benteng pertahanan mereka dengan beg pasir. Kawasan bukit tersebut dikelilingi dengan benteng beg pasir.
Pada awal petang 14 Februari, pihak Jepun melancarkan serangan berhelah. Daripada Jalan Pepys Road mendaki Pt.226, Adnan Saidi yang ketika itu berusia 27 tahun, memantau kontinjen "tentera Sikh" daripada Tentera British India (British-Indian Army) mara. Penglihatannya yang tajam dan kecerdasan fikirannya membolehkan Lt. Adnan perasan sesuatu tidak kena apabila menyedari tentera berturban yang mara itu bergerak dalam kumpulan berempat dan bukannya bertiga seperti Tentera British. Menyedari helah tersebut, Lt. Adnan Saidi dan anak buahnya melepaskan tembakan dan berjaya membunuh sekitar 20 orang musuh pada jarak dekat, dengan itu memaksa tentera Jepun berundur.
Dua jam kemudian, tentera Jepun telah melancarkan serangan besar-besaran dalam bilangan yang besar. Serangan tersebut menumpaskan Lt. Adnan Saidi dan tenteranya. Dengan bilangan yang jauh lebih kecil dan kekurangan peluru, Regimen Melayu bertempur dalam pertempuran sehingga ke mati.walaupun leftenan adnan terkorban,namun lebih daripada 800 askar yang telah dibunuh oleh leftenan adnan dan regimennya.

Kematian pejuang[sunting | sunting sumber]

Pertempuran sengit berlanjutan di Bukit Candu. Semua jenis senjata digunakan, termasuk bom tangan dan senjata automatik. Lt. Adnan sendiri mengendalikan senjata mesingan jenis Lewis gun. Dalam kebanyakan kes, askar bertempur dalam pertempuran berhadapan menggunakan bayonet. tetapi, mereka kekal bertahan mengecewakan pihak musuh. Dalam pertempuran yang berikutnya pegawai dan tentera mati. Adnan cedera parah tetapi enggan berundur dan sebaliknya menyuruh orang-orangnya berjuang sehingga ke titisan darah terakhir. Keberaniannyalah yang menaikkan semangat juang orang-orangnya untuk bertahan bersunguh-sungguh.
Korporal Yaakob, yang mendapat Pingat Keberanian Medal of Gallant, merupakan salah seorang daripada mereka yang terselamat dalam pertempuran Bukit Candu. Dalam kacau-bilau pertempuran, beliau yang cedera jatuh di atas mayat mereka yang terkorban. Beliau terselamat dengan berpura-pura mati disamping mayat rakannya dan melihat kematian mengerikan Adnan Saidi. Musuh yang menang berjaya menawan Lt. Adnan. Akibat perasaan dendam kerana keberaniannya melawan Jepun, ketua platun itu diseret sebelum diserkup dengan guni. Tentera Jepun kemudiannya telah menggantungkan kakinya pada pokok ceri.[3][4] Kerana meradang akibat kehilangan ramai rakan, tentera Jepun kemudiannya telah menikamnya dengan bayonet berkali-kali. Dalam kejadian lain disebut lehernya telah dikelar. Kejadian ini dilihat oleh Koperal Yaakob. Selepas pertempuran, pihak Jepun melarang sesiapapun menurunkan mayatnya untuk dikebumikan, dan tiada seorangpun yang berani. Malah menurut beberapa sumber, tubuh Lt. Adnan Saidi yang dicacatkan itu dibakar menjadi abu.
Beberapa tahun lalu, Haji Burhan Muslim, yang tinggal berhampiran Bukit Candu, teringat telah memanjat bukit dengan sepupunya beberapa hari selepas pertempuran tersebut. Dalam salah satu rumah banglo yang terdapat di bukit Lorong Pepys, dia melihat mayat askar Melayu yang dipancung merata-rata. Dalam salah satu bilik, terdapat mayat seorang tentera Melayu yang lehernya dikelar. Pakaian seragamnya basah dengan darah. Melihat kepada lencana yang terdapat pada pakaian seragamnya, Haji Burhan percaya bahawa dia adalah pegawai berpangkat. Dia percaya bahawa mayat tersebut mungkin mayat Lt. Adnan Saidi, (mungkin membuktikan mayat Lt. Adnan Saidi tidak dibakar).
Keberanian Lt. Adnan Saidi bersama kontinjen 42 orang anggota Askar Melayu yang telah bertempur mati-matian untuk mempertahankan permatang Pasir Panjang merupakan satu episod yang kini kekal dalam lipatan sejarah. Pertempuran sengit itu disebut khusus dalam perutusan Lt. General A. E. Percival berkenaan Pemerintahan Operasi Malaya dari tarikh Disember 1941 sehingga 15 Februari 1942:
"Selepas dua jam dibedil dengan meriam dan motar, tentera Jepun menyerang Regimen Melayu yang mempertahankan Permatang Pasir Panjang. Regimen Melayu bertempur dengan gagah beraninya tetapi mengalami kehilangan jiwa yang teruk, dan menjelang petang musuh sampai ke Celah (Permatang Pasir Panjang)..."
"After two hours of heavy shelling and mortaring, the Japanese attacked the Malay Regiment which was holding Pasir Panjang Ridge. The latter fought magnificently, but suffered heavy casualties, and by afternoon the enemy had reached the Gap (Pasir Panjang Ridge)…"
[5][6]
Di tapak bersejarah ini, pertempuran bagi pertahanan terakhir Singapura telah berlarutan selama 48 jam, berakhir dengan satu-satunya pertempuran jarak dekat tangan-ke-tangan (yang direkodkan) dengan Tentera Jepun.

Sunday, September 7, 2014

Sejarah Kedah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Flag of Malaysia.svg
Negeri-negeri di Malaysia
نڬري٢ د مليسيا
قدح در الامن 
Kedah Darul Aman
Bendera KedahLambang Kedah
BenderaLambang
Lagu negeriAllah Selamatkan Sultan Mahkota
Lokasi Kedah
Ibu negeriAlor Setar[a]
Bandar Muadzam Shah Alor Setar (Pusat Pentadbiran Negeri Kedah)
Bandar dirajaBandar Anak Bukit Alor Setar
Parti memerintahBarisan Nasional
 - SultanTuanku Abdul Halim
 - Menteri BesarMukhriz Mahathir
Sejarah 
 - Penjajahan British1909 
 - Penaklukan Jepun1942 
 - Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu1948 
Keluasan
 - Jumlah9,426 km²
Populasi
 - 2010 [1] census1,947,651
 - Kepadatan205/km²
Kod panggilan kebangsaan04
Poskod kebangsaan02xxx
05xxx to 09xxx
Huruf pertama plat kenderaanK1
KV2
Laman sesawang:www.kedah.gov.my
1Tanah Besar Kedah
2Pulau Langkawi
^  a. Alor Setar merupakan ibu negeri dan tempat terletaknya cabang perundangan kerajaan Persekutuan bagi negeri Kedah.Bandar Muadzam Shah Alor Setar pula menjadi pusat utama kerajaan persekutuan di negeri Kedah.
Negeri Kedah atau juga dikenali sebagai Kedah Darul Amanmerupakan salah satu daripada 13 negeri yang membentukPersekutuan Tanah Melayu (Malaysia). Kedah terletak di utaraSemenanjung Malaysia dan memiliki keluasan 9,425 km2 (lihat peta). Tanah besar mempunyai rupa bumi yang agak rata, yang digunakan untuk menanam padi.
Di bahagian utara, Kedah bersempadan dengan negeri Perlis dan bersempadan antarabangsa dengan Provinsi Songkhla dan Yala di wilayah Thailand. Ia juga bersempadan dengan negeri Perak di selatan dan Pulau Pinang ke arah barat daya.
Modal dan tempat duduk diraja di negeri ini ialah Alor Setar. Bandar-bandar maju yang lain adalah Sungai Petani dan Kulim di tanah besar, dan Langkawi di bahagian pulau.
Bandar-bandar membangun adalah seperti JitraChanglun,PendangPokok SenaKuala Ketil serta Gurun
Berikut merupakan lima buah bandar utama di Kedah. Antaranya :
  1. Flag of Kedah.svg Sungai Petani, pop. 456,605 : merupakan bandar perindustrian dan perumahan terbesar di Kedah
  2. Flag of Kedah.svg Alor Setar, pop. 366,787 : merupakan ibu negeri, bandar diraja dan pusat pentadbiran negeri Kedah
  3. Flag of Kedah.svg Kulim, pop. 287,694 : merupakan bandar perindustrian.
  4. Flag of Kedah.svg Jitra - Changlun, pop. 220,740 : merupakan bandar pendidikan dan juga bandar antara sempadan negara
  5. Flag of Kedah.svg Langkawi, pop. 94,777 : merupakan sebuah bandar pelancongan antarabangsa yang satu-satunya di Kedah

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Candi Bukit Batu Pahat di Lembah Bujang.
Bukti arkeologi yang ditemui di Lembah Bujang mendedahkan bahawa sebuah kerajaan Hindu-Buddha memerintah Kedah purba mungkin seawal 110 Masihi Penemuan kuil, jeti terus, besi peleburan tapak, dan tugu-tugu batu bata tanah liat sejak hingga 110 Masihi menunjukkan bahawa laluan perdagangan maritim dengan selatan India Tamil yang kerajaan sudah ditubuhkan sejak masa itu. [3] penemuan di Lembah Bujang juga menjadikan Kedah sebagai tamadun purba yang tertua di Asia Tenggara. [4]
Rujukan ke Kedah purba mula-mula disebut dalam bahasa Tamil Paṭṭiṉappālai puisi yang ditulis pada akhir abad ke-2 Ia diterangkan barangan dari Kadaram "berkumpul bersama-sama di jalan-jalan luas" yang Chola modal. Selain daripada Kadaram, Kedah dikenali dengan nama yang berbeza di pelbagai kali dalam kesusasteraan India; Kataha-Nagara (dalam drama Mahotsava Kaumudi), You-Kataha (dalam Agni Purana), Kataha-Dvipa (dalam Samarāiccakahā), dan Kataha (dalam Kathasaritsagara). [5]
Dalam kesusasteraan timur tengah, Kedah purba telah dirujuk sebagai Qilah oleh Ibn Khordadbeh dalam Kitab al Masālik w'al Mamālik, Kalah-bar oleh Soleiman Siraf & Abu Zaid al Hassan di Silsilat al-Tawarikh (bergerak di Asia) , dan Kalah oleh Abu-Dulaf Misa'r Ibnu Muhalhil di Al-Risalah al-thaniyah. [6] Tang terkenal Dinasti sami Buddha, Yi Jing yang melawat kepulauan Melayu antara 688-695, juga menyebut tentang kerajaan yang dikenali sebagai Ka- Cha di bahagian utara Semenanjung Melayu, yang menurut beliau telah belayar 30 hari dari Bogha (Palembang), ibu kota Sribogha (Srivijaya). [7]
Menurut Hikayat Merong Mahawangsa atau Parameswara Kedah, Kedah telah diasaskan oleh seorang Hindu raja bernama Merong Mahawangsa. Menurut teks lanjut, Kesultanan Kedah bermula pada tahun 1136 apabila Raja Phra Ong Mahawangsa memeluk Islam dan menerima pakai nama Sultan Mudzafar Shah.
Dalam abad ke-7 dan 8, Kedah di bawah kawalan longgar Srivijaya [8], kemudian di bawah Siam, sehingga ia telah ditawan oleh kesultanan Melayu Melaka dalam abad ke-15. Dalam abad ke-17, Kedah diserang oleh Portugis selepas penaklukan mereka Melaka, dan dengan Aceh. Dengan harapan bahawa Britain akan melindungi apa yang kekal Kedah dari Siam, Sultan menyerahkan Pulau Pinang dan kemudian Seberang Perai kepada Inggeris pada akhir abad ke-18. Siam namun telah menawan Kedah pada tahun 1811, dan ia kekal di bawah kawalan Siam sehingga dipindahkan kepada British oleh Perjanjian Anglo-Siam 1909.
Dalam Perang Dunia II, Kedah (bersama-sama dengan Kelantan) merupakan bahagian pertama Malaya yang diserang oleh Jepun. Jepun menyerahkan Kedah untuk berada di bawah naungan Thailand yang telah dinamakan sebagai Syburi, tetapi Kedah telah dikembalikan kepada pemerintahan British selepas berakhirnya perang. Kedah merupakan sebahagian daripada Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948.
Sejak tahun 1958, Sultan yang memerintah Kedah adalah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah. Kesultanan (Islam) Kedah bermula apabila pada abad ke-9 Masihi, Raja Kedah iaitu, Maharaja Derbar Raja telah memeluk Islam dan menukar namanya kepada Sultan Mudzafar Shah I. Sejak itu terdapat 27 Sultan yang memerintah negeri Kedah. Menteri Besar (Ketua Menteri) pada masa ini, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir (Barisan Nasional-UMNO).

Geografi[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Geografi Kedah
Kebanyakan penduduk Kedah adalah orang Melayu, dan sedikit orang Cina dan India. Anggaran populasi mengikut kaum pada 2003 ialah: Melayu (1,336,352), Cina (252,987), India (122,911), Bukan warganegara (35,293), Lain-lain (27,532).

Daerah[sunting | sunting sumber]

Negeri Kedah terbahagi kepada 12 daerah iaitu :-
  1. Flag of Kedah.svg Kota Setar / Alor Setar (الور ستار / كوتا ستار)
  2. Flag of Kedah.svg Kuala Muda / Sungai Petani (سوڠاي ڨتاني / كوالا مودا)
  3. Flag of Kedah.svg Kubang Pasu / Jitra (جيترا / کوبڠ ڨاسو)
  4. Flag of Kedah.svg Kulim (كوليم)
  5. Flag of Kedah.svg Langkawi (لڠكاوي)
  6. Flag of Kedah.svg Pokok Sena (ڨوكوق سنا)
  7. Flag of Kedah.svg Pendang (ڨندڠ)
  8. Flag of Kedah.svg Bandar Baharu (بندر بهارو)
  9. Flag of Kedah.svg Yan (يان)
  10. Flag of Kedah.svg Padang Terap (ڨادڠ تيرڨ)
  11. Flag of Kedah.svg Baling (باليڠ)
  12. Flag of Kedah.svg Sik (سيق)

Bandar[sunting | sunting sumber]

Bandar-bandar besar di Kedah adalah
  1. Alor Setar الور ستار (Ibu Negeri, Bandar Diraja dan Bandaraya Utama)
  2. Sungai Petani سوڠاي ڨتاني (Bandar Utama dan Bandar Perindustrian)
  3. Kulim كوليم (Bandar Perindustrian)
  4. Langkawi لڠكاوي (Bandaraya Pelancongan)
  5. Jitra جيترا (Bandar Pendidikan)
Bandar-bandar membangun seperti berikut
  1. Pokok Sena ڨوكوق سنا (Bandar Satelit)
  2. Kuala Ketil كوالا كتيل (Bandar Pendidikan)
  3. Gurun ڬورون (Bandar Peridustrian)
  4. Kuala Nerang كوالا نرڠ (Taman Buah-buahan)
  5. Serdang سردڠ
  6. Changlun ݘڠلون
  7. Pendang ڨندڠ
  8. Yan يان
  9. Baling باليڠ
  10. Sik سيق

Mukim[sunting | sunting sumber]

Bandar dan mukim di daerah :
  1. Kota Setar / Alor Setar الور ستار /كوتا ستار
    1. Bandar Muadzam Shahبندر معزم شاه
    2. Bandar Baru Mergong بندر بارو مرڬوڠ
    3. Bandar Stargate بندر ستارڬيت
    4. Alor Janggus الور جڠڬوس
    5. Alor Mengkudu الور مڠكودو
    6. Alor Tajar الور تاجر
    7. Anak Bukit انق بوكيت
    8. Mergong مرڬوڠ
    9. Kangkong كڠكوڠ
    10. Langgar لڠڬر
    11. Pumpong ڨومڨوڠ
    12. Tandop تندوڨ
    13. Tebengau تبڠاو
    14. Gunung Keriang ڬونوڠ كرياڠ
    15. Hutan Kampong هوتن كمڨوڠ
    16. Kepala Batas كڤالا باتسس
    17. Kuala Kedah كوالا قدح
    18. Kuala Sungai كوالا سوڠاي
    19. Kubang Rotan كوبڠ روتن
    20. Telok Bagan تلوق باڬن
    21. Telok Chengai تلوق چڠاي
    22. Telok Kechai تلوق كچاي
    23. Pengkalan Kundor ڨڠكلن كوندور
    24. Simpang Empat سيمڨڠ امڨت
  2. Kuala Muda / Sungai Petani كوالا مودا / سوڠاي ڨتاني
    1. Bandar Aman Jaya بندر امان جاي
    2. Bandar Laguna Merbokبندر لاڭونا مربوق
    3. Bandar Puteri Jaya بندر ڨوتري جاي
    4. Bandar Sri Astana بندر سري استانا
    5. Bandar Sri Cendana بندر سي چندانا
    6. Bandar Mutiara بندر موتيارا
    7. Bandar Perdana بندر ڨردانا
    8. Bukit Meriam بوكيت مريام
    9. Haji Kudong حخ كودوڠ
    10. Bedong بيدوڠ
    11. Gurun ڬورون
    12. Jeniang جنياڠ
    13. Merbok مربوق
    14. Pekula ڨكولا
    15. Semeling سمليڠ
    16. Simpor سيمڨور
    17. Bakar Arang باكر ارڠ
    18. Bukit Selambau بوكيت سلمباو
    19. Kota Kuala Muda كوتا كوالا مودا
    20. Sungai Lalang سوڠاي لالڠ
    21. Sungai Pasir سوڠاي لايار
    22. Tikam Batu تيكام باتو
  3. Kulim كوليم
    1. Junjong جونجوڠ
    2. Karangan كارڠان
    3. Keladi كلادي
    4. Lunas لوناس
    5. Mahang ماهڠ
    6. Nagalilit ناڬ ليليت
    7. Sedim سديم
    8. Merbau Pulas مرباو ڨولاس
    9. Padang Serai ڨادڠ سراي
    10. Padang China ڨادڠ چينا
    11. Sungai Ular سوڠاي اولر
  4. Bandar Baharu / Serdang بندر بهاروسردڠ
    1. Serdang سردڠ
    2. Relau رلاو
    3. Selama سلما
    4. Bagan Samak باڬن سامق
    5. Kuala Selama كوالا سلاما
    6. Permatang Pasir ڨرمتڠ ڨاسير
    7. Sungai Batu سوڠاي باتو
    8. Sungai Kechil سوڠاي كچيل
  5. Pendang ڨندڠ
    1. Ayer Puteh اير ڨوتيه
    2. Bukit Jenun بوكيت جنون
    3. Bukit Raya بوكيت راي
    4. Kubur Panjang كوبور ڨنجڠ
    5. Sungai Tiang سوڠاي تياڠ
    6. Tanah Merah تانه ميره
    7. Kobah كوءبه
    8. Rambai رمباي
    9. Tobiar توبيار
    10. Tokai توكاي
  6. Pokok Sena ڨوكوق سنا
    1. Bandar Tunku Puteri بندر تونكو ڨوتري
    2. Bukit Lada بوكيت لاد
    3. Gajah Mati ڬاجه ماتي
    4. Jabi جابي
    5. Derang درڠ
    6. Lesong لسوڠ
    7. Tualang توالڠ
  7. Yan يان
    1. Tanjung Dawai تنجوڠ داواي
    2. Guar Chempedak ڬوار چمڨدق
    3. Sungai Limau سوڠاي ليماو
    4. Sungai Daun سوڠاي داون
    5. Singkir سيڠكير
    6. Dulang دولڠ
    7. Teroi تروي
  8. Padang Terap ڨادڠ تيرڨ
    1. Bukit Tembaga بوكيت تمبڬا
    2. Durian Burung دوريان بوروڠ
    3. Kuala Nerang كوالا نرڠ
    4. Padang Sanai ڨادڠ ساناي
    5. Belimbing بليمبيڠ
    6. Naka ناكا
    7. Nami نامي
    8. Pedu ڨدو
    9. Tekai تكاي
    10. Tolak تولق
  9. Kubang Pasu کوبڠ ڨاسو
    1. Jitra جيترا
    2. Sintok سينتوق
    3. Jerlun جرلون
    4. Tunjang تونجڠ
    5. Sanglang سڠلڠ
    6. Kodiang كوءدياڠ
    7. Changlun چڠلون
    8. Ayer Hitam اير هيتم
    9. Bukit Kayu Hitam بوكيت كايو هيتام
    10. Bandar Darulaman بندر دارالامان
  10. Baling باليڠ
    1. Kuala Ketil كوالا كتيل
    2. Kuala Pegang كوالا ڨڬڠ
    3. Tawar تاور
    4. Siong سيوڠ
    5. Kupang كوڨڠ
    6. Bongor بوڠور
    7. Pulai ڨولاي
    8. Bakai باكاي
    9. Bayu بايو
  11. Sik سيق
    1. Beris بريس
    2. Belantik بلنتيق
    3. Gulau ڬولاو
    4. Jeneri جنري
    5. Sok سوق
  12. Langkawi لڠكاوي
    1. Kuah كواه
    2. Bohor بوهور
    3. Kedawang كداوڠ
    4. Ayer Hangat اير هاڠت
    5. Pulau Tuba ڨولاو توبا
    6. Ulu Melaka اولو ملك
    7. Padang Matsirat ڨادڠ مت سيرت

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Sejarah Kedah

Kerajaan[sunting | sunting sumber]

Sultan Negeri Kedah merupakan Ketua Negeri. Di bawah perlembagaan negeri, kuasa perundangan adalah pada Dewan Undangan Negeri Kedah. Dewan ini melantikkan anggota Dewan untuk membentuk Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah(EXCO).
EXCO, yang diketuai oleh Menteri Besar Kedah, memegang kuasa eksekutif dan merupakan badan yang membuat dasar kerajaan negeri. Menteri Besar yang dilantik oleh Sultan adalah daripada parti politik yang memenangi kerusi yang terbanyak di dalam Dewan Undangan. Menteri Besar sekarang adalah Dato' Paduka Mukhriz Mahathir.

Pentadbiran negeri[sunting | sunting sumber]

Pentadbiran Negeri Kedah terletak di Alor Setar iaitu di Bandar Muadzam Shah. Pada asalnya terletak di pusat bandar Alor Setar namun dipindah agar kesesakan lalu lintas dapat diatasi.

Pihak berkuasa tempatan[sunting | sunting sumber]

Pembahagian pentadbiran bagi Modern Kedah terbahagi kepada 12 daerah pentadbiran. Ini 12 daerah, yang dibahagi menjadi pentadbiran Majlis Bandar (Majlis Bandaraya/ Perbandaran dan Daerah):
  • Pokok Sena (Pokok Sena sudah menjadi sebahagian daerah lain tetapi ditadbir oleh MBAS)
    • Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS)
  • Pendang
    • Majlis Daerah Pendang (MDP)
  • Baling
    • Majlis Daerah Baling (MDB)
  • Sik (Daerah yang terbesar di Kedah)
    • Majlis Daerah Sik (MDS)
  • Yan
    • Majlis Daerah Yan (MDY)

Populasi[sunting | sunting sumber]

TanggaDaerahPopulasi 1980Populasi 1990Populasi 2000Populasi 2010
1Kuala Muda192,308254,372339,898456,605
2Kota Setar279,567322,354354,433366,787
3Kulim92,525128,356191,160287,694
4Kubang Pasu129,808157,963186,265220,740
5Baling104,858114,845124,947135,646
6Pendang75,86183,09289,79094,962
7Langkawi28,34042,93869,59794,777
8Yan59,03060,48362,49768,319
9Sik43,36654,46659,69167,378
10Padang Terap40,42850,72655,89962,896
11Pokok Sena---49,506
12Bandar Baharu31,72433,00637,93242,341

Keluasan[sunting | sunting sumber]

Daerah di Kedah
Kedah mempunyai keluasan sebanyak 9,425 km² meliputi 12 daerah iaitu
TanggaDaerahBandarKeluasan km²
1SikSik1,635
2BalingBaling1,529
3Padang TerapKuala Nerang1,357
4Kubang PasuJitra948
5Kuala MudaSungai Petani923
6KulimKulim765
7PendangPendang626
8LangkawiKuah467
9Kota SetarAlor Setar424
10Bandar BaharuSerdang269
11Pokok SenaPokok Sena242
12YanYan242

Perbandaran[sunting | sunting sumber]

Perancangan Bandar[sunting | sunting sumber]

Kini Negeri Kedah bakal mempunyai dua buah bandaraya utama yang menjadikan negeri ini antara negeri yang mempunyai dua buah bandaraya selain negeri Selangor dan negeri Sarawak. Bandar Sungai Petani bakal menjadi status bandaraya pada tahun 2015[3] yang menjadikan Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah kepada Majlis Bandaraya Sungai Petani. Rakyat Kedah mempunyai dua pilihan bandar utama yang menjanjikan sebuah kota raya yang maju serta membangun dalam industri masing-masing.
Selain itu, Negeri Kedah mempunyai dua buah bandar membangun naik iaitu Bandar Kulim yang terletak di selatan negeri dan Bandar Jitra yang terletak di utara negeri. Bandar-bandar ini pesat membangun seiring dengan kejayaan dua buah bandar utama tadi.
Selaku ibu negeri dan bandar diraja, Bandar Alor Setar adalah sebuah bandar yang memberi keutamaan dalam sektor pembangunan negeri dan ekonomi manakala Bandar Sungai Petani memberi keutamaan dalam sektor industri serta pembangunan perumahan terbesar. Bandar Kulim pula memfokuskan sektor industri berat selain Bandar Jitra yang memfokuskan sektor pembangunan pendidikan.
Tambahan lagi, Kerajaan Negeri Kedah sedang membangunkan Bandar Pokok Sena, di mana bandar tersebut dibangunkan bagi menampung populasi penduduk di Alor Setar sekali gus menjadi bandar satelit. Bandar Kuala Ketil pula dijanjikan dengan pembangunan institut pendidikan terbaru pembinaan Kampus Tetap Kolej Universiti Insaniah Kuala Ketil. Dalam 10 tahun akan datang, Bandar Pokok Sena dan Bandar Kuala Ketil akan menjadikan negeri Kedah antara negeriyang termaju di Malaysia seiring dengan slogan Kedah : Kedah Sejahtera.
Menurut Portal Warta Darul Aman, Daerah Yan akan dibangunkan sebagai pelabuhan utama di mana Pulau Bunting dibangunkan sebagai pelabuhan kargo serta Daerah Pendang dan Pekan Gurun dijadikan pusat pengumpulan kargo pelabuhan. Kerajaan Negeri Kedah juga akan memajukan Pulau Langkawi setanding dengan Phuket dan Koh Samui di Thailand melalui beberapa projek hartanah seperti hotel dan marina. Projek tersebut meletakkan Langkawi sebagai destinasi bukan saja menarik dari segi keindahan semula jadinya, malah keunikan kediaman percutian mewah menepati keinginan golongan elit dan hartawan dunia
Kerajaan Kedah juga tidak melupakan daerah pedalaman seperti Daerah Padang Terap di mana Padang Terap ini dibangunkan dusun buah-buahan utama negeri sebagai produk agro-tourism. Daerah Sik dan Baling kekal sebagai daerah yang menyimpan seribu keindahan melalui flora dan fauna nya yang segar mata memandang. Daerah Bandar Baharu kekal sebagai kawasan inap desa agar daerah ini menjadi kawasan tarikan pelancong.[2]

Perancangan Perbandaran[sunting | sunting sumber]

Negeri Kedah kebanyakan daerahnya mempunyai hanya satu sahaja bandar kecuali daerah yang besar seperti daerah Kuala Muda dan Kubang Pasu.
Antara satu daerah satu bandar utama adalah :
  1. Kota Setar - Alor Setar
  2. Kulim - Kulim
  3. Langkawi - Langkawi
  4. Pokok Sena - Pokok Sena
  5. Pendang - Pendang
  6. Bandar Baharu - Bandar Baharu
  7. Padang Terap - Kuala Nerang
  8. Yan - Yan
  9. Sik - Sik
Manakala daerah yang mempunyai lebih dari satu bandar utama (bukan pekan atau bandar kecil) adalah :
  1. Sungai Petani
  2. Gurun
  1. Jitra
  2. Changlun
  1. Baling
  2. Kuala Ketil

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Universiti awam dan kolej awam[sunting | sunting sumber]

Fail:LIB1.jpg
Universiti AIMST
Negeri Kedah mempunyai Kampus Universiti Utara Malaysia (UUM), yang terletak diBandar Baru Sintok. Secara rasmi ditubuhkan pada 16 Februari 1984. Universiti ini ditubuhkan dengan misi khusus memberikan peranan kepimpinan bagi pengurusan pendidikan di negeri ini. Pembentukan akademik di UUM termasuk Kolej Perniagaan (COB), Fakulti Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa (COLGIS) dan Sekolah Tinggi Seni dan Sains (CAS).
Kedah juga mempunyai beberapa perguruan tinggi negeri dan perguruan tinggi seperti Universiti Teknologi MARA (UiTM) di Merbok, Institut Universiti Kuala Lumpur Malaysia Sepanyol(UniKL MSI) dan Institut Politeknik Sultanah Bahiyah (PSB) diKulimInstitut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (Universiti AIMST) di BedongKolej Universiti Insaniah (Kuin) di Kuala Ketil dan Mergong dan Institut Politeknik Shah Sultan Abdul Halim Mu'adzam (POLIMAS) di Jitra.
Ada 2 lembaga latihan guru di Kedah, Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim (IPGKSAH) di Sungai Petani danInstitut Pendidikan Guru Kampus Darul Aman (IPGKDA) di Bandar Darulaman yang ditetapkan oleh kerajaan untuk menyediakan kursus mengajar untuk guru peserta latihan.

Universiti dan institusi pendidikan tinggi swasta[sunting | sunting sumber]

Universiti swasta dan perguruan tinggi yang terletak di Kedah termasuk Open University Malaysia (OUM) Regional Learning Center untuk negara bahagian Kedah dan Perlis di Sungai Petani, yang Universiti Antarabangsa Albukhary di Alor Setar, Pusat Bahasa Titian Jaya College PTPL dan Cosmopoint College.

Kolej Matrikulasi[sunting | sunting sumber]

Program Matrikulasi merupakan program persediaan pelajar untuk ke Program Ijazah Tahun Pertama di IPTA di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Negeri Kedah adalah di antara negeri yang mempunyai banyak Kolej Matrikulasi. Pertama, Kolej Matrikulasi Kedah (KMK) bertempat di Changlun, Kedah mula beroperasi pada sesi 2003/2004 yang mengendalikan kursus Sains & Perakaunan. Kedua, Kolej MARA Kulim di Kulim, Kedah dan Kolej MARA Kuala Nerang (KMKN) di Kuala Nerang, Kedah masing-masing mula beroperasi pada sesi 2010/2011 dan mengendalikan kursus Sains Teknikal.

Swasta dan sekolah umum[sunting | sunting sumber]

Terdapat beberapa sekolah dasar swasta dan awam serta sekolah menengah. Kolej Sultan Abdul Hamid merupakan Sekolah Premier bagi negeri Kedah dan sekolah seliaan Kerajaan Negeri Kedah adalah Maktab Mahmud. Terdapat beberapa Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) di Kedah seperti Keat Hwa Secondary School, , SMK Sultanah Asma, dan lain-lain. Sekolah yang lain adalah seperti Biara Secondary School (Sebelumnya dikenali sebagai St Nicholas Biara Sekolah Menengah),Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan BadlishahSekolah Menengah Kebangsaan Tajar, Sin Min SMP, Chio Min SMP,Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah (SMKAK), SMK Aman JayaSMK Bakar ArangSMK DarulamanSMK Ibrahim,SMK Dato' Syed OmarSMK JitraSMK MahsuriSMK Tunku Panglima Besar. Bagi Sekolah Menengah (Swasta) pula adalah seperti Keat Hwa High School, Sin Min High School dan SM Sin Min. Selain itu, terdapat juga beberapa sekolah berasrama penuh (SBP) seperti, Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (turut dikenali sebagai Jenan), Sekolah Menengah Sains Sultan Muhammad Jiwa, Sekolah Menengah Sains Pokok Sena, SBPI Kubang Pasu dan Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu. Selain itu, terdapat juga sekolah untuk aliran teknik dan vokasional seperti SMV Langkawi, SMT Alor Setar dan SMV Sungai Petani.

Institusi teknikal[sunting | sunting sumber]

Di Kedah terdapat tiga institusi teknikal di bawah naugan MARA, iaitu Institut Kemahiran MARA Sungai Petani, Institut Kemahiran MARA Alor Setar dan Institut Kemahiran MARA Sik.

Sekolah berasrama[sunting | sunting sumber]

Negari ini juga mempunyai beberapa buah sekolah berasrama seperti Sekolah Berasrama Penuh dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) yang terdapat di semua daerah.

Perindustrian[sunting | sunting sumber]

Terdapat 12 kawasan perindustrian yang merangkumi seluruh negeri ini.
  1. Alor Setar, Kawasan Perindustrian Mergong Barrage
  2. Alor Setar, Kawasan Perindustrian Mergong ll
  3. Sungai Petani, Kawasan Perindustrian Bakar Arang
  4. Sungai Petani, Kawasan Perindustrian Tikam Batu
  5. Sungai Petani, Kawasan Perindustrian MIEL Sungai Lalang
  6. Sungai Petani, Kawasan Perindustrian Sungai Petani
  7. Gurun, Kawasan Perindustrian Gurun
  8. Kulim, Kawasan Perindustrian Kulim
  9. Kulim, Kawasan Perindustrian Kulim Hi Tech Park
  10. Jitra, Kawasan Perindustrian Bandar Darul Aman
  11. Changlun, Kawasan Perindustrian Bukit Kayu Hitam
  12. Kuala Ketil, Kawasan Perindustrian Kuala Ketil

Politik[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Politik di Kedah
Antara tokoh-tokoh yang terbesar yang berasal dari Kedah ialah YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, iaitu Perdana Menteri Malaysia yang pertama dan Tun Dr Mahathir Mohamed, Perdana Menteri Malaysia yang keempat.
Menteri BesarTempoh
perkhidmatan
Parti
Haji Mohamad Sheriff Bin Osman1948 - 1954UMNO daripada Barisan Nasional
YTM Tunku Ismail Bin Tunku Yahaya1954 - 1959UMNO daripada Barisan Nasional
Tan Sri Syed Omar Bin Syed Abdullah Shahabuddin1959 - 1967UMNO daripada Barisan Nasional
Tun Dato' Seri Utama Syed Ahmad Bin Syed Mahmud Shahabuddin1967 - 1978UMNO daripada Barisan Nasional
Dato' Seri Syed Nahar Bin Tun Syed Sheh Shahabuddin1978 - 1985UMNO daripada Barisan Nasional
Tan Sri Haji Osman Bin Haji Aroff1985 - 1996UMNO daripada Barisan Nasional
Tan Sri Sanusi Bin Junid1996 - 1999UMNO daripada Barisan Nasional
Dato' Seri Haji Syed Razak Bin Syed Zain Barakhbah1999 - 2005UMNO daripada Barisan Nasional
Dato' Seri Diraja Haji Mahdzir Bin Khalid2005 - 2008UMNO daripada Barisan Nasional
Dato' Seri Ustaz Haji Azizan Bin Abdul Razak2008 - 2013PAS daripada Pakatan Rakyat
YAB Dato' Paduka Mukhriz Mahathir2013 - sekarangUMNO daripada Barisan Nasional

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Negeri Kedah mempunyai sistem pengangkutan yang baik. [3]

Lebuh Raya Antara Bandar[sunting | sunting sumber]

  • Lebuhraya Utara - Selatan (PLUS)
Kedah dihubungkan melalui Lebuhraya Utara-Selatan dari Kubang Pasu iaitu di utara merentasi Alor SetarPendangsehingga ke Sungai Petani di selatan.
  • Lebuhraya Butterworth - Kulim (BKE)
Selain itu, terdapat juga Laluan Persekutuan yang menghubungkan Kulim dengan ButterworthPulau Pinang.[4]

Landasan Keretapi Antara Bandar[sunting | sunting sumber]

  • Kereta Api Tanah Melayu (KTM)
Selain itu, Laluan Utara-Selatan KTM Antarabandar juga merentasi Kedah. Landasan Keretapi Eletrik Berkembar Ipoh - Padang Besar bakal merancakkan lagi sosioekonomi di Kedah. Antara hentian kereta api adalah di Kodiang dan Tunjang di Kubang Pasu, Anak Bukit dan Pusat Bandar di Alor Setar serta beberapa buah bandar yang lain.

Terminal Bas Antara Bandar[sunting | sunting sumber]

Seperti di negeri-negeri lain, di Kedah juga terdapat perkhidmatan bas dan teksi. Stesen bas utama yang berpusat di Stesen Bas Lama di pusat bandar yang telah dipindah ke Lebuhraya Sultanah Bahiyah di Mergong bagi menampung pertambahan penduduk.[5]

Lapangan Terbang[sunting | sunting sumber]

Lapangan terbang utama di Kedah ialah Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim yang terletak di Alor Setar. Selain itu, terdapat juga Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi di Pulau Langkawi.[6]
  • Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim
Terletak 12 km dari bandar Alor Setar, boleh menampung 800,000 penumpang. Terminal baru ini sedia beroperasi pada 5 Mei 2006. Terminal baru ini memiliki kapasiti untuk menerima operasi Airbus 330 dan landasannya pula dipanjangkan dari 1,963 meter panjang dan 45 meter lebar ke 2,745 meter panjang and 45 meter lebar. Pada 2005, lapangan terbang ini telah mengendalikan 323,669 penumpang bersama 3,267 pergerakan kapal terbang.
  • Pangkalan Latihan Tentera Udara Diraja Malaysia
Terletak dan menggunakan landasan dan lapangan terbang yang sama dengan lapangan terbang Sultan Abdul Halim.
  • Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi
Terletak di Padang Mat Sirat, Langkawi di mana berlangsungnya Langkawi International Maritime and Aerospace (LIMA).

Pelabuhan[sunting | sunting sumber]

Pelabuhan yang terdapat di Kedah :
  • Pelabuhan Kuala Kedah
Terletak di Kuala Kedah, Alor Setar.
  • Pelabuhan Kuah
Terletak di Pekan Kuah, Pulau Langkawi.

Ekonomi dan budaya[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Ekonomi Kedah
Rencana utama: Budaya di Kedah
Kedah dianggap Negeri "Jelapang Padi" Malaysia, mencakupi satu pertiga daripada keseluruhan pengeluaran beras Malaysia. Lain-lain produk pertanian, termasuk getah, kelapa sawit dan tembakau juga penting. Pelancongan, khususnya di pulau Langkawi semakin penting kerana kebanyakkan sumber pendapatan negeri lebih melalui pelancogan di Langkawi.
Lebih baru-baru ini, Kedah telah dimajukan ekonomi ke arah industri automotif dan aeroangkasa dengan Modenas dan Rencam Asia menubuhkan pangkalan di sini. Salah satu kelebihan utama ialah kos buruh yang rendah dan infrastruktur di tempat dengan Lebuhraya Utara-Selatan dan berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Pada tahun 1996, Kulim Hi-Tech Park (KHTP) telah dibuka secara rasmi sebagai taman perindustrian teknologi tinggi yang pertama di Malaysia. Taman ini terdiri daripada jumlah keluasan tanah kira-kira 14,5 kilometer persegi (5.6 km ²). Banyak syarikat-syarikat tempatan dan asing, seperti Intel, Fuji Electric, Silterra, Infineon, First Solar, AIC Semiconductor, dan Showa Denko operasi kilang pengeluaran mereka di dalam laman web ini sejak itu.
Menurut Rancangan Malaysia Kesembilan, kawasan ekonomi ini adalah sebahagian daripada Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER). Wilayah Ekonomi Koridor Utara adalah salah satu daripada tiga kawasan pembangunan yang ditubuhkan di Semenanjung Malaysia; kawasan pembangunan yang lain sebagai Iskandar Malaysia (atau Wilayah Ekonomi Johor Selatan) dan Wilayah Pembangunan Pantai Timur.

Kesihatan[sunting | sunting sumber]

Hospital di Kedah adalah seperti di bawah:
Lambang Hijau Kuning

Hospital Kerajaan[sunting | sunting sumber]

Terdapat semua hospital kerajaan di setiap daerah di Kedah kecuali Pendang dan Bandar Baru Serdang. Antaranya adalah
  1. Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar
  2. Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani
  3. Hospital Kulim
  4. Hospital Langkawi
  5. Hospital Jitra
  6. Hospital Yan
  7. Hospital Daerah Sik
  8. Hospital Baling
  9. Hospital Kuala Nerang
  10. Hospital Besar Alor Setar

Hospital Swasta[sunting | sunting sumber]

  1. Metro Specialist Hospital Sungai Petani
  2. Pantai Hospital Utara Sungai Petani
  3. Amanjaya Specialist Centre Sungai Petani
  4. Kedah Medical Centre Alor Setar
  5. Putra Medical Centre Alor Setar
  6. My Medical Centre Alor Setar (Tertangguh dan digantikan dengan sebuah pusat perniagaan sementara)
  7. Pantai Hospital Bandar Baru Mergong Alor Setar (Baru dapat kelulusan)

Pelancongan[sunting | sunting sumber]

Terdapat banyak tempat - tempat yang menarik di Kedah ini. Antaranya

Sukan[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Sukan Malaysia
Kedah menjadi tuan rumah Sukan Malaysia pada 24 Mei 2006 - 4 Jun 2006. Perasmian akan diadakan di Stadium Darul Aman

Trivia[sunting | sunting sumber]

Ibu NegeriAlor Setar
Pusat PentadbiranAlor Setar (Bandar Muadzam Shah)
Bandar DirajaAlor Setar (Bandar Anak Bukit)
Bandar UtamaAlor Setar & Sungai Petani
Hari Keputeraan Sultan28 November 1927
NegaraMalaysiaAsia
Koordinat Geografi2 30 U, 112 30 T
Iklim Tahunan2,390 (94.09)
Jumlah hujan tahunan2000 mm ~ 2500 mm
Puncak tertinggiGunung Jerai (1,217 m)
Sungai terpanjangSungai Muda (178 km)
Tasik terbesarTasik Pedu
Bangunan tertinggiMenara Alor Setar (165.5 m)
Daerah terbesarSik (1,635 km²)
Daerah terkecilYan (242 km²)
Bandar paling padat pendudukAlor Setar (1,358.55/km²)
Bandar paling ramai pendudukSungai Petani (456,605 pop)
Penanaman utamaPadi