Shazani Says...

Shazani Says To All Bloggers...

Saturday, September 6, 2014

Melaka sebagai Pusat Kegiatan Ilmu

C. MELAKA SEBAGAI PUSAT KEGIATAN ILMU
            Berdasarkan peta 3.3, dinyatakan kawasan yang menerima penyebaran agama Islam dari Melaka. 

Semasa zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka, istana merupakan pusat kegiatan ilmu. Istana dijadikan tempat pertemuan ulama, pendakwah dan cendiakiawan Islam. Aktiviti yang dijalankan ialah penulisan, penterjemahan dan penyaduran kitabb   agama Islam.          
            Kegiatan penterjemah dan menyadur karya sastera Parsi dan Arab telah dilakukan oleh ulama dan jurutulis. Kegiatan menyadur dannnn menggubal kitab-kitab  perundangan Islam juga dijalankan. Beberapa kitab perundangan seperti Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka telah digubal.
Hukum Kanun Melaka
Merupakan dokumen undang-undang yang mengandungi 44 fasal, kanun ini menghuraikan kedudukan raja, peranan raja dan pembesar serta perundangan Islam.
         
Undang-undang Laut Melaka
Digubal bagi menentukan peraturan pelayaran dan aktiviti perdagangan.  
           

                                     
            Istana Melaka menjadi tempat penyimpanan buku-buku yang   ditulis oleh penulis tempatan dan asing. Istana Melaka juga dijadikan tempat perbincangan dan perdebatan ulama tentang hal-hal agama. Kegiatan ilmu di sitana ini terhad kepada golongan istana dan bangsawan sahaja.

Dipetik dari blog kajiantempatantahun5.blogspot.com

1 comment: