Shazani Says...

Shazani Says To All Bloggers...

Saturday, September 6, 2014

Peluasan Kuasa Melaka

D. PERLUASAN KUASA MELAKA      
Cara Perluasan
Semasa zaman kegemilangan, Kesultanan Melayu Melaka telah meluaskan jajahan takluknya. Berdasarkan peta 3.4, dinyatakan negeri yang menjadi jajahan takluk Melaka. 

Melaka telah meluaskan pengaruhnya untuk menguasai kegiatan perdagangan di Selat Melaka. Di samping itu, penguasaan kedua-dua bahagian pantai Selat Melaka memudahkan Melaka mengawal ancaman lanun. Para pedagang  berasa selamat untuk singgah berdagang di pelabuhan Melaka.

Cara-cara Melaka Meluaskan Kuasanya


Penaklukan
Melaka telah menakluki beberapa buah kerajaan seperti Kampar dan Pahang. Penaklukan ini disebabkan kebijaksanaan Sultan dan Bendahara Melaka melaksanakan peluasan kuasa.


Kerajaan Negeri Lain

Keagungan dan kekuatan Melaka menyebabkan pemerintah Jambi dan Lingga rela berada di bawah naungan kekuasaan Melaka. Naungan ini dapat melindungi negeri-negeri tersebut daripada ancaman siam.


Perkahwinan
Perkahwinan putera dan puteri Sultan Melaka dengan putera dan puteri raja dari Pahang, Kelantan dan Siak telah meluaskan pengaruh Melaka ke negeri-negeri tersebut.


Kebijaksanaan Pemimpin
Melaka dapat meluaskan tanah jajahan hasil daripada kebiksanaan pemimpinnya. Antaranya termasuklah Sultan Melaka dan Bendahara Melaka.

        i.            Sultan Muzaffar Shah
·         Menjalin hubungan dengan China untuk mengelak serangan Siam dan disegani oleh kuasa lain di Asia Tenggara.
·         Menguasai Pahang, Inderagiri dan Kampar untuk mendapatkan keperluan bahan mentah bagi Melaka.

      ii.            Sultan Mansor Shah
·         Menakluki Siak, Perak dan Rokan.
·         Berjaya menghalang usaha Pahang, Kampar dan Inderagiri untuk keluar daripada jajahan takluk Melaka.

    iii.            Bendahara Tun Perak
·         Mengarahkan pengikutnya membawa bersama keluarga mereka dari Klang ke Melaka untuk menghadappi serangan Siam. Tujuannya adalah untuk memberi semangat.
·         Mengarahkan askarnya menggunakan perahu kecil sebagai muslihat menentang tentera Siam. Siam akan beranggapan Melaka mempunyai askar yang ramai.

No comments:

Post a Comment