Shazani Says...

Shazani Says To All Bloggers...

Saturday, September 6, 2014

Pusat Penyebaran Agama Islam

Pusat Penyebaran Agama Islam
Agama islam telah berkembang di Melaka pada awal abad ke 15. Sultan Melaka yang pertama memeluk agama Islam ialah Megat Iskandar Shah, iaitu anak kepada Parameswara.
Peranan Pedagang dari Sumatera
Pulau Sumatera menerima Islam pada abad ke 13. Ramai pedagang dari Sumatera telah mengetahui Melaka sebagai sebuah pelabuhan. Oleh itu, pedagang  tersebut datang berdagang sambil menyebarkan agama Islam di Melaka.

Pedagang Islam
Pedagang Islam datang dari negara India dan Arab. Di samping berdagang, mereka juga menjalankan kegiatan dakwah.
          Pendakwah telah mengislamkan Sultan Melaka. Apabila sultan memeluk agama Islam, rakyat Melaka turut memeluk agama Islam. Ada juga pedagang Islam yang berkahwin dengan    penduduk tempatan. Oleh itu agama Islam juga dapat disebarkan.

Peranan Ulama
Pedagang Islam semasa datang ke Melaka telah membawa ulama bersama-sama. Ulama telah menjadi guru agama di Melaka. Ulama ini mengajar dan berdakwah di madrasah dan surau.

            Pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah, Melaka muncul sebagai pusat pengajian dan penyebaran agama Islam. Pendakwah bertemu dengan raja ataupun pemimpin tempatan. Mereka turut bergaul dengan penduduk tempatan untuk menyebarkan agama Islam. Selain itu, terdapat pedagang dari Pulau Jawa yang memeluk Islam di Melaka. Apabila mereka pulang ke tanah air, ajaran Islam disebarkan pula di sana.


Dipetik dari blog kajiantempatantahun5.blogspot.com

No comments:

Post a Comment