Shazani Says...

Shazani Says To All Bloggers...

Saturday, September 6, 2014

Kemerosotan kesultanan melaka

F. KEMEROSOTAN KESULTANAN MELAKA
Melaka telah mencapai zaman kegemilangannya semasa pemerintahan Sultan Mansor Shah.. Namun, semasa pememrintahan Sultan Mahmud Shah, Melaka mengalami kemerosotan. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan kemerosotan tersebut?. Mari kita kaji.


Kelemahan Pemimpin
Bendahara Tun Mutahir yang menggantikan Bendahara Tun Perak sebagai Bendahara Melaka bersikap pilih kasih dalam urusan pentadbiran negara. Pengganti Bendahara Tun Mutahir, iaitu Bendahara Tun Perpatih Putih sudah tua dan uzur. Sultan Mahmud Shah pula kurang mengambil berat tentang hal-hal pentadbiran. Baginda telah menyerahkan kuasa kepada puteranya, Sultan Ahmad Shah yang lemah dan tidak cekap.


Perebutan Kuasa
Perebutan kuasa  berlaku di kalangan pembesar. Bendahara Tun Mutahir melantik saudara-saudaranya memegang jawatan penting dalam pentadbiran. Keadaan ini menyebabkan pembesar  yang  diketuaiii   oleh laksamana  Khoja Hassan tidak berpuas hati. Akibatnya, timbul fitnah terhadap Bendahara Tun Mutahir. Fitnah tersebut menyebabkan beliau dijatuhi hukuman bunuh oleh Sultan Melaka.


Kelemahan Askar Melaka
Semasa menghadapi serangan Portugis. Askar Melaka menggunakan tombak, keris, panah dan sumpit beracun, manakala Portugis menggunakan meriam dan senapang yang lebih canggih. Tentera Portugis pula telah mendapat bantuan dari pangkalan tentera Portugis di Goa, India. Keadaan ini telah melemahkan semangan juang di kalangan Askar Melaka. Selain it, askar upahan Jawa pula melarikan diri daripada medan perang.


Rakyat Tidak Setia
Kematian Bendahara Tun Mutahir akibat fitnah telah menyebabkan rakyat berpecah belah. Mereka tidak bersatu padu mementang musuh. Portugis dapat menawan Melaka setelah berjaya memusnahkan jambatan sungai Melaka. Kejayaan ini disebabkan oleh si Kitol telah membocorkan rahsia  penting maklumat pertahanan Melaka kepada Portugis.



Dipetik oleh blog kajiantempatantahun5.blogspot.com

No comments:

Post a Comment