Shazani Says...

Shazani Says To All Bloggers...

Saturday, September 6, 2014

Pusat Perdagangan

KEGEMILANGAN MELAKA SEBAGAI PUSAT PERDAGANGAN ANTARABANGSA

5.2 PUSAT PERDAGANGAN
  • Pada pertengahan abad ke-15, Melaka muncul sebagai pusat perdagangan antarabangsa.
  • Kegemilangan Melaka dalam bidang perdagangan telah dinyatakan dalam buku Sejarah Melayu iaitu :

    " Maka segala dagang atas angin dan bawah angin sekaliannya datang ke Melaka; terlalu ramai Bandar Melaka pada zaman itu." (Sumber : W.G Shallebear,1612,Sejarah Melayu, edisi1961.hlm 82)

    • Pedagang atas angin bermaksud pedagang yang datang dari negara di sebelah Barat.
    • Pedagang bawah angin ialah pedagang yang datang dari Timur. 
Faktor Perkembangan Melaka sebagai pusat Perdagangan antarabangsa
  • Kedudukan geografi
    • Melaka terletak di pertengahan laluan perdagangan antara Timur dan Barat. Ini membolehkan Melaka mengawal selat Melaka yang menjadi laluan kapal dagang
    • Muara Sungai Melaka yang dalam membolehkan kapal berlabuh dengan mudah, menurunkan barang dagangan dan mendapatkan barang keperluan.
    • Terlindung daripada tiupan angin monsun :
      • Barat Daya dilindungi oleh Pulau Sumatera
      • Timur Laut dilindungi oleh Banjaran Titiwangsa
    • Bentuk muka bumi yang berbukit-bukau menjadi pedoman kepada pedagang untuk belayar menuju ke Melaka serta tempat yang strategik mengawasi Selat Melaka. 
     
  • Selain faktor geografi, kemajuan perdagangan di Melaka juga dikaitkan dengan beberapa faktor lain. 

     
  • Peranan syahbandar
    • Jawatan syahbandar diwujudkan bagi memastikan kegiatan perdagangan berjalan lancar.
    • Antara peranan Syahbandar ialah
      • Menguruskan pasar dan gudang, memeriksa alat timbang dan mata wang, menjadi hakim di pelabuhan, menguatkuasakan peraturan keluar masuk kapal, menguruskan cukai, menjaga kebajikan dan keselamatan pedagang. 
    • Setiap Syahbandar ditugaskan menjaga kumpulan pedagang yang ditetapkan.
      • Syahbandar I – mengurus pedagang dari Gujerat
      • Syahbandar II – menguruskan pedagang dari China, Champa dan Ryukyu
      • Syahbandar III – mengurus pedagang dari Kalingga, Pegu, Benggala dan Parsi
      • Syahbandar IV – menguruskan pedagang dari Pulau Jawa, Maluku, Banda, Kalimantan, Borneo, Pasai dan Filipina

       
  • Peranan Laksamana dan Orang Laut
    • Lsksamana ialah pembesar yang bertanggungjawab menjaga keselamatan perairan Selat Melaka
    • Tugas-tugas mengawal dilaksanakan oleh Orang Laut.
    • Hal ini adalah untuk menjamin keselamatan pedagang dan keamanan perairan Melaka.






  • Keberkesanan Undang-undang Laut Melaka
    • Undang-undang Laut Melaka digubal bagi memastikan aktiviti perdagangan berjalan lancar.
    • Terdiri daripada 24 fasal yang mengandungi peraturan dan tata tertib berniaga, hukum jenayah di kapal, cara berjual-beli, larangan dan tanggungjawab anak kapal, kiwi dan nakhoda.
      • Kiwi merupakan penyewa ruangan perahu dan penumpang yang membawa barang untuk diperdagangkan.
      • Mulkiwi adalah ketua segala kiwi






         
  • Kemudahan di pelabuhan
    • Pelbagai kemudahan seperti 
      • gudang untuk menyimpan barang, tempat tinggal untuk pedagang semasa menunggu pertukaran angin monsun
      • kapal, perahu, jong, lancar, gajah dan pekerja disediakan oleh Syahbandar untuk mengangkut barang ke gudang
      • kapal-kapal yang rosak boleh dibaiki dipelabuhan
      • bekalan makanan dan minuman 
      • kemudahan prasarana 

    • Semua ini penting untuk kemudahan pedagang yang berdagang di Melaka.

  • Bahasa Melayu sebagai lingua franca
    • Bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan antara pedagang dengan pembesar dan pedagang lain

  • Sistem cukai dan surat kebenaran berniaga
    • Sistem cukai yang berpatutan :
      • Pedagang dari Barat dikenakan 6%
      • Pedagang yang tinggal tetap di Melaka 3%
      • Pedagang dari China dan Jepun hanya perlu memberi hadiah
      • Pedagang perlu membayar "panduan" iaitu cukai rasmi sebelum berjual-beli

         
  • Penggunaan sistem mata wang
    • Menggunakan mata wang logam yang diperbuat daripada timah dipanggil calains dan wang emas, wang perak, dan wang timah dari Pedir, Pasai Kembayat dan Gujerat.

  • Pelabuhan entrepot
    • Pelabuhan Melaka merupakan pusat pengumpulan barang dari Kepulauan Melayu dan pusat mengedar barang dari Timur dan Barat ke Kepulauan Melayu.
dipetik daripada blog cgrohaida.blogspot.com

No comments:

Post a Comment